Assalamualaikum,
Sekarang kita sudah pun berada dalam bulan April. Begitu cepat dan pantas masa berlalu meninggalkan kita. Semakin hari, semakin banyak cabaran yang menerjah ke dalam hidup kita. Apa cara sekalipun, kita harus kuatkan semangat demi mencapai cita-cita yang kita impikan.
Kebelakangan ini, banyak juga GO dan NGO yang telah membuka permohonan biasiswa kepada Lepasan SPM begitu juga dengan lepasan STPM. Namun, seperti yang semua sedia maklum MARA telah lama menutup permohonan dan buat masa ini, ramai kawanku yang telah menerima tawaran biasiswa tersebut. Mereka berdebar menanti hari untuk ditemu duga.
Namun begitu, aku sememangnya berbeza dengan kawan-kawan. Aku sukar untuk memohon biasiswa. Bukan sebab pencapaian akademikku, tapi sebab aku hanya boleh memohon biasiswa yang menawarkan semua jenis kursus. Apa yang berbezanya tentangku dan kawan-kawanku adalah aku ingin mengambil kursus muzik untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kebanyakan biasiswa menawarkan kursus Science, IT dan Accounting. Jadi hanya satu sahaja pilihanku setakat ini. Memohon semua biasiswa yang menawarkan semua jenis kursus.
So, there's no JPA or MARA for me. I'm a bit sad because all my friends have requested all those popular scholarships. But, i think i shouldn't give up easily. i consider all of difficulties as a challenge to build spirit in my life.
Aku percaya bahawa sebelum berjaya, pastinya ada kesulitan/kepayahan yang akan ku lalui. Allah SWT tak akan beri sesuatu kepada hambaNya tanpa usaha. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Kayu balak boleh lah bergolek kan? haha. So, aku kena semangat untuk mencapai kejayaan yang aku impikan tu.
Mak suruh aku belajar dan jangan main-main apbila berada dalam tahun pertama di Universiti nanti. Jangan jadi macam abangku yang ambil mudah saja apabila berada dalam tahun pertama.Okay, My BOSS! 'merangkap ibuku yang kusayang!' haha :D Game aje depan mata dia. Asal balik rumah DOTA, asal balik rumah DOTA. Cubalah sekali-sekala main game DOTI. Eh, Ada ke? Haha :D
NOTE : MUZIK BUKAN MUDAH SEPERTI YANG ANDA SANGKAKAN.
*Jamilah Abu Bakar* *Syafa Aqira*
No comments:
Post a Comment