hmm, bulan ni Alhamdulillah banyak juga rezeki melalui undangan nyanyian. Semalam berlangsungnya pertandingan Muzik Ekstra minggu 2. Hebat-hebat juga peserta lain. Haa, tapi yang berbezanya pertandingan ini 100% daripada undian orang ramai bukan daripada panel juri profesional. Harap-harap dapatlah sambutan ya. Yelah, diriku ini masih belum dikenali walaupun sudah bertapak di dalam industri ni sejak 8 tahun yang lalu. Aku sabar dengan ketentuanNya. Mungkin belum masanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Untuk berjaya bukanlah mudah. Perlu sabar dan usaha. Itu yang sering aku dengar daripada mulut ibuku.
Apa yang penting, aku nak dalami lagi apa yang aku ceburi sekarang ni dengan menyambung pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi. Aku mengimpikan PhD untuk diriku. Itulah matlamatku. PhD in Music. Bagi aku, lebih baik aku belajar bidang yang aku ceburi sekarang ni. Bakat disusuli dengan pelajaran yang mantap mampu membawa aku ke gerbang kejayaan. Jika hanya pelajaran sahaja tanpa bakat, tak guna juga. Begitu juga bakat tanpa pelajaran, tak ke mana. Aku bersyukur dianugerahkan ibu bapa yang sangat menyokong aku untuk meneruskan karier seniku. Alhamdulillah syukur kepadaNya. Persoalannya, UiTM atau ASWARA. hmm tengok je lah ya.
Jangan lupa undi :) Taip epop
Melalui facebook tekan link ini http://apps.facebook.com/my-polls/mekae1
Terima Kasih :) (:
*Jamilah Abu Bakar*
No comments:
Post a Comment