Alhamdulillah, keputusan yang cemerlang dalam SPM ternyata memberi seribu makna buatku yang dulunya berhempas-pulas untuk subjek yang dipanggil subjek "maut" buatku. Antaranya --> Akaun dan Add Maths. Dua-dua ni memang subjek menguji kesabaran lah orang kata, yang Add Maths aku bersyukur dah bila dapat A- , tapi untuk Akaun memang tak disangka-sangka. Aku boleh dapat A+?? Ya Allah, hanya Engkau yang Berkuasa di atas muka bumi ni. Bersyukur kepadaMu Ya Rabb.
Haa, persoalannya. Kursus apakah yang akan aku ambil untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti? Honestly, sejak tingkatan 1 aku dah pilih untuk ambil kursus Muzik walau apa jua keputusanku. Alhamdulillah, aku mempunyai kedua ibubapa yang amat memahami dan menyokong kerjaya yang aku pilih. Namun, ramai orang kata, kalau aku ambil kursus muzik ni, ia adalah suatu pembaziran oleh sebab mereka tengok aku punya result begitu cemerlang. Nak nak Prinsip Perakaunan aku yang A+. Even ayah aku sendiri pernah kata yang dia rasa tak yakin dengan keputusan aku sebab tengok anaknya cemerlang dalam Akaun. Dia ingin aku ambil kursus Akaun.
Namun, aku terus beritahu ayah aku, sebenarnya terus-terang otakku ni bukanlah otak Akaun. Kalau nak tahu, time belajar Akaun, bersepah gila kertas dalam bilik. Rasa nak gila pun ada. Aku memang lemah subjek ni, so aku memang push up gila bila belajar subjek ni. Akhirnya, subjek ni pulak A+, subjek BM yang aku target dapat A. Finally, dad agreed with me.
Sekarang ni pulak, nak pilih antara ASWARA atau UiTM. haa. Terus-terang buat masa ni aku pilih UiTM. Sebab pertama sekali, I'm willing to improve my English "OH!My English! Hoho. Sorry Mr Henry Middleton!
Then, lepas aku pergi ekspo tu, lecturer tu cakap yang lecturer yang ajar kat sana bagus-bagus. Ada dari UK,US,Korea macam-macam lagi lah.
Tapi kan, at the same time, aku teringin jugak nak masuk ASWARA. Bukan apa, utk seni Tradisional memang mereka pro. Aku sangat sangat sangat sayangkan Keroncong. Sayang Allahyarham Pak Wawang yang banyak ajar aku. Group keroncong kat sana sangat MANTHOPP. hmm. Apa boleh buat. Macam mana nak masuk dua-dua sekali? Memang jadi ''busy woman'' lah nampaknya. NEVER!
Anyway, aku berserah pada Tuhan dan buat masa ni aku ikut cakap ibubapa aku.
Lots of Love
*Jamilah Abu Bakar*
No comments:
Post a Comment