23 December 2010

8A dalam PMR










Alhamdulillah , syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya saya dapat straight A dalam PMR . YA ALLAH , terima kasih YA ALLAH . aku bersyukur kepadaMu . Terima kasih buat semua yang menyokong saya tak kira saya jatuh , anda sentiasa membantu saya bangun semula ! Terima Kasih Mak ! Abah ! PMR 8A ni hadiah untuk mak dengan abah ! Jasa Mak dengan Abah tak dapat saya balas , hanya inilah hadiah yang berharga buat mak dengan abah . TERIMA KASIH ! 

Terima kasih juga buat guru-guru saya yang tak pernah jemu mengajar saya , daripada saya tak tahu apa-apa sehinggalah saya dapat kejayaan seperti ini , mereka selalu ada buat saya . CIKGU ! Jasamu akan kukenang selamanya . TERIMA KASIH , CIKGU ! Ini juga hadiah istimewa untuk cikgu    

Terima Kasih juga buat keluargaku yang tercinta ! Kaklong , Kakngah , Abang , Ri , Amat , Adik Bibah dan Adik Akmal ! bersama kita berkongsi kegembiraan ini . Jom pi Langkawi !! YEHAAAA :) Tahniah juga untuk sepupu saya , Natasha Amanina yang juga mendapat 8A :)

Tidak lupa juga kepada semua yang telah membimbing saya dalam bidang nyanyian , TERIMA KASIH atas semangat yang diberikan kepada saya  :) TERIMA KASIH JUGA KEPADA KAWAN-KAWAN KRK'S ! CONGRATS YOU ALL !

16 December 2010

PETA di ASWARA

Pada 15 Disember 2010 , saya bersama ayah dan ibu yang tercinta telah datang ke ASWARA , KL untuk menonton ( PETA )Penilaian Tahun Akhir Ijazah Kak Sabihah Abdul Wahid  yang sememangnya menarik dan sangat menghiburkan . Persembahan Kak Sabihah diiringi oleh Orkestra Aswara yang terdiri daripada pelajar-pelajar Aswara sendiri dan ada juga sebahagiannya daripada UITM . Persembahan yang berkonsepkan lagu-lagu asli yang klasik telah dapat menarik hati kami dengan alunan merdu Kak Sabihah bersama orkestra yang begitu bersemangat sekali . Tahniah Kak Sabihah atas kejayaan anda pada malam tersebut . Congratsss :)



15 December 2010

Seni Keroncong


 Seni muzik keroncong bermula pada kurun ke-16 apabila Portugis menawan Melaka . Orang Portugis memperkenalkan pengaruh muzik Latin kepada orang-orang Melayu dan seterusnya dikongsi bersama jiran-jiran mereka iaitu orang Jawa di Indonesia .

Perkembangan muzik Malaysia agak lembab jika dibandingkan dengan Indonesia , lebih-lebih lagi dengan kebanjiran muzik-muzik moden dari Barat . Tokoh-tokoh keroncong seperti Tan Sri P.Ramlee , Johar Bahar , Dr. Ariff Ahmad dan Wawang Wijaya telah pun meninggal dunia , sementara tokoh-tokoh yang masih ada seperti Abdullah Safri dan Mahzan Manan telah mencapai usia 'senja' .

Oleh itu , seni muzik keroncong ini perlu dibangkitkan dan generasi muda haruslah menjadi penerus warisan yang amat berharga ini . Jika dilihat anak-anak muda sekarang , kebanyakannya meminati dan menyanjungi muzik-muzik moden Barat yang sememangnya berbeza sama sekali dengan budaya kita . Sekiranya hal ini berterusan , tidak mustahil warisan keroncong ini akan hilang dan terus lenyap dalam kalangan masyarakat kita .

Mungkin anda tertanya-tanya , bagaimana saya boleh meminati seni muzik keroncong ini . Pada awalnya , guru saya daripada Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai telah menghantar saya untuk membuat selingan dalam Pertandingan Keroncong Remaja di MPAJ . Bakat saya telah dikesan oleh tokoh muzik keroncong tanah air , Hj. Abdullah Safri ketika beliau mengadili pertandingan tersebut . Hj. Abdullah Safri telah memberi banyak tunjuk ajar dan bimbingan yang baik kepada saya . Sebagai misalan , beliau memberi saya sebuah kaset untuk didengar dan dipelajari .  Lagu-lagu seperti Bunga Anggerik , Dibawah Sinar Bulan Purnama , Tidurlah Intan adalah antara lagu yang terkandung dalam kaset tersebut . Pertama kali saya dengar , hati saya sudah terpikat dan terbuai oleh keasyikan alunan muzik keroncong tersebut . Jiwa saya seakan-akan sebati dengan irama dan alunan keroncong tersebut  . Benarlah apa yang dikatakan oleh orang dulu-dulu  , 'tak kenal maka tak cinta' . Justeru , itulah yang membuatkan saya tertarik untuk menyanyikan lagu-lagu keroncong ini .

Alhamdulillah , muzik keroncong kini semakin mendapat perhatian ramai apabila persembahan keroncong dipersembahkan di Dewan Filharmonik Petronas , KLCC pada awal bulan Jun 2010 . Harapan saya , semoga seni muzik keroncong ini terus mendapat perhatian dan lebih banyak generasi muda seperti saya yang meminati warisan ini sekaligus meneruskan perjuangan tokoh-tokoh keroncong . 

14 December 2010

Inginkan Kedamaian


Oh mengapakah terjadi
Beza kata terus bersengketa
Kasih sayang tiada lagi
Sesama kita manusia 

Sampai bilakah begini 
Bersengketa yang tiada berhenti
Tiada lagi rasa cinta
Hati merintih kecewa

Kejamnya manusia
Bila hilang arah tujuanya
Tiada lagi keadilan
Musnah segala harapan

Ratap tangis menderita
Kami ingin alam kedamaian
Hidup penuh rasa cinta
Akan tercipta impian

Lagu & Lirik : Mahzan Manan
 Penyanyi  : Jamilah Abu Bakar    

08 December 2010

Secret Garden ♥

A love story revolving around fantasy world and reality. Kim Joo Won (Hyun Bin) is a chaebol who operates a department store, he then exchanges soul with a stunt woman named Ra Im and his arrogant personality changes.
They will fall into love relationship
Oscar is a playboy singer and Yoon Seul is CF director.






03 December 2010

Dr. Champ ♥

Kim Yeon Woo adalah doktor ahli tulang yang mendapatkan tempat kerja baru  di Perkampungan Nasional Taereung, pusat latihan bagi atlet olimpik, setelah dia dipecat dari pekerjaan sebelumnya . Dr. Kim Yeon Woo terlibat kisah percintaan dengan atlet Judo muda, Park Ji Heon dan Dr. Lee Do Wook, Pengarah Perkampungan Atlet yang panas baran . Park Ji Heon mula jatuh cinta pada Dr. Kim sedangkan Dr. Kim menyukai Dr. Lee . Dr. Lee sebenarnya masih dihantui oleh cedera yang menenggelamkan kariernya . Semuanya bertambah rumit setelah muncul Hee Young , pelatih renang yang juga kekasih lama Dr.  Lee yang menjadi saingan bagi Dr. Kim untuk memenangkan hati Dr. Lee . ♥









very sweet and romantic 
watch it :)
every wednesday and thursday , 9pm 
One HD , channel 393 , Astro