18 April 2013

"Usaha Tangga Kejayaan"

Assalamualaikum,

hmm, bulan ni Alhamdulillah banyak juga rezeki melalui undangan nyanyian. Semalam berlangsungnya pertandingan Muzik Ekstra minggu 2. Hebat-hebat juga peserta lain. Haa, tapi yang berbezanya pertandingan ini 100% daripada undian orang ramai bukan daripada panel juri profesional. Harap-harap dapatlah sambutan ya. Yelah, diriku ini masih belum dikenali walaupun sudah bertapak di dalam industri ni sejak 8 tahun yang lalu. Aku sabar dengan ketentuanNya. Mungkin belum masanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Untuk berjaya bukanlah mudah. Perlu sabar dan usaha. Itu yang sering aku dengar daripada mulut ibuku.

Apa yang penting, aku nak dalami lagi apa yang aku ceburi sekarang ni dengan menyambung pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi. Aku mengimpikan PhD untuk diriku. Itulah matlamatku. PhD in Music. Bagi aku, lebih baik aku belajar bidang yang aku ceburi sekarang ni. Bakat disusuli dengan pelajaran yang mantap mampu membawa aku ke gerbang kejayaan. Jika hanya pelajaran sahaja tanpa bakat, tak guna juga. Begitu juga bakat tanpa pelajaran, tak ke mana. Aku bersyukur dianugerahkan ibu bapa yang sangat menyokong aku untuk meneruskan karier seniku. Alhamdulillah syukur kepadaNya. Persoalannya, UiTM atau ASWARA. hmm tengok je lah ya.

Jangan lupa undi :) Taip epop JAMILAH hantarkan ke 32776
Melalui facebook tekan link ini  http://apps.facebook.com/my-polls/mekae1 

Terima Kasih :) (:

*Jamilah Abu Bakar*

16 April 2013

Sabar Menghadapi Cabaran

Assalamualaikum,
Sekarang kita sudah pun berada dalam bulan April. Begitu cepat dan pantas masa berlalu meninggalkan kita. Semakin hari, semakin banyak cabaran yang menerjah ke dalam hidup kita. Apa cara sekalipun, kita harus kuatkan semangat demi mencapai cita-cita yang kita impikan.

Kebelakangan ini, banyak juga GO dan NGO yang telah membuka permohonan biasiswa kepada Lepasan SPM begitu juga dengan lepasan STPM. Namun, seperti yang semua sedia maklum MARA telah lama menutup permohonan dan buat masa ini, ramai kawanku yang telah menerima tawaran biasiswa tersebut. Mereka berdebar menanti hari untuk ditemu duga.

Namun begitu, aku sememangnya berbeza dengan kawan-kawan. Aku sukar untuk memohon biasiswa. Bukan sebab pencapaian akademikku, tapi sebab aku hanya boleh memohon biasiswa yang menawarkan semua jenis kursus. Apa yang berbezanya tentangku dan kawan-kawanku adalah aku ingin mengambil kursus muzik untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kebanyakan biasiswa menawarkan kursus Science, IT dan Accounting. Jadi hanya satu sahaja pilihanku setakat ini. Memohon semua biasiswa yang menawarkan semua jenis kursus.

So, there's no JPA or MARA for me. I'm a bit sad because all my friends have requested all those popular scholarships. But, i think i shouldn't give up easily. i consider all of difficulties as a challenge to build spirit in my life.

Aku percaya bahawa sebelum berjaya, pastinya ada kesulitan/kepayahan yang akan ku lalui. Allah SWT tak akan beri sesuatu kepada hambaNya tanpa usaha. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Kayu balak boleh lah bergolek kan? haha. So, aku kena semangat untuk mencapai kejayaan yang aku impikan tu.

Mak suruh aku belajar dan jangan main-main apbila berada dalam tahun pertama di Universiti nanti. Jangan jadi macam abangku yang ambil mudah saja apabila berada dalam tahun pertama.Okay, My BOSS! 'merangkap ibuku yang kusayang!' haha :D  Game aje depan mata dia. Asal balik rumah DOTA, asal balik rumah DOTA. Cubalah sekali-sekala main game DOTI. Eh, Ada ke? Haha :D

NOTE : MUZIK BUKAN MUDAH SEPERTI YANG ANDA SANGKAKAN.

*Jamilah Abu Bakar* *Syafa Aqira*

13 April 2013

Hari Kecemerlangan SMKTT 2012

Alhamdulillah, hari ini aku cukup bertuah kerana dapat berdiri di atas pentas buat kali terakhirnya di sekolahku untuk mengambil anugerah pencapaian cemerlang dalam SPM 2012 dengan agregat 10 A.
Rasa rindu kepada seorang temanku ini sedikit terubat dengan pertemuan kami pada pagi tadi. Nikmatul juga mendapat Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam SPM2012 dengan agregat 7A.

Mak dan abah juga turut hadir memberi sokongan buatku dan sedikit sebanyak dapat memberi aku semangat untuk terus berjaya dengan sokongan pelangi hidupku ini iaitu IBUBAPA ku.

i met some of my teachers that help me a lot in my studies. But i'm a bit dissapointed because i couldn't meet my lovely add maths and maths teacher, Pn. Hazlin because i went back early. Apa-apa pun, jasa mereka akan ku kenang selalu. Thank you very much to all my TEACHERS for teaching me. I want to thank Pn. Tukinah also for her guidance since i came in that memorable school. InshaaAllah kita akan berjumpa lagi. And of course i would like to invite her and all my teachers to my precious 'wedding'! haha :D i hope so! INSHAA-ALLAH.

 

Kawan-kawanku, andai kita terpisah selepas ini,
janganlah kau lupa kenangan kita bersama,
gelak tawa bersama,
tangis duka bersama,
susah-payah bersama,
ku pohon agar kau ingat selalu :)

My lovely friends in SMKTT
dedicated to : Syuhada Zamzami, Amanina Abd Razak, Syuhada Atiqah, Siti Sarah Zulkarnain, Ili Shairah
                      Account 1 -> ( Podot ) Nikmatul, Nadia, Mizatul Fatin, Amira, Syuq, Shuhada Mohamad, Husna


11 April 2013

BERUSAHA JAMILAHH!!

hmm. salam semua :)
lepas keluarnya keputusan SPM, kehidupan aku kembali secara normal seperti kehidupan selepas menduduki SPM pada Disember yang lalu. Maklumlah, orang ni tak bekerja, hanya bekerja hari minggu sahaja mengambil undangan persembahan nyanyian. Memang hari Isnin-Jumaat duduk melopong ja kat rumah. Bila boring mulalah tangan nak buat kek lah, kuih la #walaupun raya belum lagi. HAHA :D

Tapi, diri ini masih lagi tidak senang duduk dan sedang berlatih untuk persiapan menjelang Grand Final MFACE 2 Minutes 2 Fame yang akan diadakan pada bulan depan iaitu bulan Mei. Masih lagi dalam perbincangan untuk merancang persembahan. Lawannya bukan calang-calang. Ada bakat tarian, silap mata, tebar roti canai pun ada tau. Macam-macam bakat, tidak tertumpu kepada nyanyian sahaja. Memang berat tugas dan cabaran ni. hmm. Apa yang paling penting aku kena buat adalah berusaha, berusaha dan terus berusaha dengan latihan dan persiapan, berdoa kepada Allah SWT, setelah selesai semua tu, aku harus bertawakkal kepadaNya. Doakan kejayaan saya ya? Agar dipermudahkan segala urusan. InshaaAllah.

10 April 2013

Masih mencari keputusan yang TEPAT.

Alhamdulillah, keputusan yang cemerlang dalam SPM ternyata memberi seribu makna buatku yang dulunya berhempas-pulas untuk subjek yang dipanggil subjek "maut" buatku. Antaranya --> Akaun dan Add Maths. Dua-dua ni memang subjek menguji kesabaran lah orang kata, yang Add Maths aku bersyukur dah bila dapat A- , tapi untuk Akaun memang tak disangka-sangka. Aku boleh dapat A+?? Ya Allah, hanya Engkau yang Berkuasa di atas muka bumi ni. Bersyukur kepadaMu Ya Rabb.

Haa, persoalannya. Kursus apakah yang akan aku ambil untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti? Honestly, sejak tingkatan 1 aku dah pilih untuk ambil kursus Muzik walau apa jua keputusanku. Alhamdulillah, aku mempunyai kedua ibubapa yang amat memahami dan menyokong kerjaya yang aku pilih. Namun, ramai orang kata, kalau aku ambil kursus muzik ni, ia adalah suatu pembaziran oleh sebab mereka tengok aku punya result begitu cemerlang. Nak nak Prinsip Perakaunan aku yang A+. Even ayah aku sendiri pernah kata yang dia rasa tak yakin dengan keputusan aku sebab tengok anaknya cemerlang dalam Akaun. Dia ingin aku ambil kursus Akaun.
 Namun, aku terus beritahu ayah aku, sebenarnya terus-terang otakku ni bukanlah otak Akaun. Kalau nak tahu, time belajar Akaun, bersepah gila kertas dalam bilik. Rasa nak gila pun ada. Aku memang lemah subjek ni, so aku memang push up gila bila belajar subjek ni. Akhirnya, subjek ni pulak A+, subjek BM yang aku target dapat A. Finally, dad agreed with me.

Sekarang ni pulak, nak pilih antara ASWARA atau UiTM. haa. Terus-terang buat masa ni aku pilih UiTM. Sebab pertama sekali, I'm willing to improve my English "OH!My English! Hoho. Sorry Mr Henry Middleton!
Then, lepas aku pergi ekspo tu, lecturer tu cakap yang lecturer yang ajar kat sana bagus-bagus. Ada dari UK,US,Korea macam-macam lagi lah.

Tapi kan, at the same time, aku teringin jugak nak masuk ASWARA. Bukan apa, utk seni Tradisional memang mereka pro. Aku sangat sangat sangat sayangkan Keroncong. Sayang Allahyarham Pak Wawang yang banyak ajar aku. Group keroncong kat sana sangat MANTHOPP. hmm. Apa boleh buat. Macam mana nak masuk dua-dua sekali? Memang jadi ''busy woman'' lah nampaknya. NEVER!

Anyway, aku berserah pada Tuhan dan buat masa ni aku ikut cakap ibubapa aku.

Lots of Love
*Jamilah Abu Bakar*

Drama baru, Drama baruuu :) sukasangat*

haa ni ambo nok sambung crito yang dok abih lagi. maghin(semalam) doh janji nok sambung ni yang ambo sambung ni. hahaha :D kecek kelate ambo ni. Ho laa, oghe yang ambo suko pun oghe kelate. hoho. suka sajo2 ja. Hmm letih pulak kecek kelate ni, ambo kecek key elllll ja lah yo?



Sekarang ni tengah hit tentang drama "Sebenarnya SAYA ISTERI DIA" di kaca tv. Saya pun tengah asyik membaca novel tu. Memang mula-mula agak boring sikit bak kata KAKAK saya lah tp saya rasa okay je. Tapi tengah-tengah novel tu memang best gilaahh. wee~ Kecomelan dan ke'sweet'an terserlah gituu :) <3>








 watak Firash Arshad memang menusuk kalbuku. Watak Syafa Aqira pun comel dan manis gituu. Dalam drama kedua-dua watak ni dilakonkan oleh Izzue Islam dan Tiz Zaqyah. Memang sesuai sangat. They really look sweet and cute together!

but, i've seen some of Izzue's bad habits. haha :D First, dia suka sangat menggeliatkan kepala bila bercakap. haha, comel gituu kadang-kadang nampak jugalah ke'macho'an dia. Second! ni yang tak tahan sekali. Time dia lakonkan perangai samseng contohnya macam dia sakitkan hati abang dia si Farish Adryan tu, dia suka ke depankan gigi dia ala-ala rabbit gituu. haha. Serious pelik tengok. Dalam hati.."apahal lah mamat ni". but anyway he still looks cute for me. haha. memeylah kalau oghe yang kito suko sumonyo comey belako dok? haha :D

sebenarnya AKU BELUM HABIS BACA LAGI. haha. lagi sikit nak habis. Bukan apa, nak tunggu drama dalam tv tu. Kalau dah tahu awal tak best lah kan. so, I'll wait for it. Adakah mereka berdua dapat menghadapi dugaan cinta mereka dengan kehadiran Raina, Raimy dan Haqimy? We'll wait and see :)

handsome gak jate ni. haha. ambo suko-suko biaso ja. Nanti suko lebih-lebih mudarat pulok. Dok gitu?

Wassalam <3 p="">
*Jamilah Abu Bakar*

09 April 2013

Rindu nak tulis blog. huhu :D

wow! last update was on 25 Oct. 2011! lama gila tak update. hihi. pasai spm semuanya lupa naa. anyway, selama setahun ni banyak yang telah ku belajar. dugaan, kepayahan, pengorbanan, kesabaran dan macam-macam lagi laa. Kekalahan mengajar ku erti semangat untuk tidak berputus asa dan redha dengan ketentuan Allah SWT. I totally believe in what Allah has arranged for me. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Aku sabar dan sabar dan sabar, akhirnya Allah SWT memberi aku kegembiran yang tidak terkata buatku. Bukan sahaja aku, malah ayah, ibu dan keluargaku turut merasakan kegembiraan tersebut. 

Kejayaan 10A dalam SPM ternyata memberi aku kepuasan dengan pengorbananku selama 2 tahun. Benarlah, Allah SWT tidak akan memberi sesuatu tanpa daya usaha manusia itu sendiri. Aku bersyukur kepadaMu Ya Rabb. Moga rezeki yang engkau berikan ini akan dapat mendekatkan lagi diriku kepadaMu dan kumohon kepadaMu supaya jauhkanlah aku dari sifat riak dan takabbur. Amin. 

After this, i had decided to pursue my studies in music. Namun, kebanyakan orang yang tak tahu nilai muzik mengatakan yang aku tidak sepatutnya teruskan pelajaran aku dalam bidang ini. Mereka sepertinya memandang muzik ini sebagai satu bidang yang amat rendah darjatnya berbanding yang lain. They don't even realize that music is not easy to learn. Bolehkah depa baca benda yang depa panggil "taugeh" tu? haaa. tak boleh kan? sebab apa? sebab apa? sebab tak belajaq laa. haa terus keluar slang utagha. lagi-lagi belajar classical punya vocal. Bagi aku, aku tak ambil ini sebagai hobi aku, tetapi sebagai kerjaya sepenuh masa aku. Tidaklah maksudnya nak jadi performer semata-mata. Bidang ni boleh jugak bawa aku bekerja sebagai music lecturer. InshaaAllah, semua itu atas kehendakNya. Ku hanya mampu berusaha, Tuhan yang menentukan.

that's a long explaination i'm giving you. hoho. it's like an essay right? okay, sampai di sini sahaja. nak tahu lagi? hampa tunggu ceq sambung nanti naa. 

p/s: pah ni nok kecek kelate pulok la. HOK ALOHH!

*JamilahAbuBakar*