hmm. salam semua :)
lepas keluarnya keputusan SPM, kehidupan aku kembali secara normal seperti kehidupan selepas menduduki SPM pada Disember yang lalu. Maklumlah, orang ni tak bekerja, hanya bekerja hari minggu sahaja mengambil undangan persembahan nyanyian. Memang hari Isnin-Jumaat duduk melopong ja kat rumah. Bila boring mulalah tangan nak buat kek lah, kuih la #walaupun raya belum lagi. HAHA :D
Tapi, diri ini masih lagi tidak senang duduk dan sedang berlatih untuk persiapan menjelang Grand Final MFACE 2 Minutes 2 Fame yang akan diadakan pada bulan depan iaitu bulan Mei. Masih lagi dalam perbincangan untuk merancang persembahan. Lawannya bukan calang-calang. Ada bakat tarian, silap mata, tebar roti canai pun ada tau. Macam-macam bakat, tidak tertumpu kepada nyanyian sahaja. Memang berat tugas dan cabaran ni. hmm. Apa yang paling penting aku kena buat adalah berusaha, berusaha dan terus berusaha dengan latihan dan persiapan, berdoa kepada Allah SWT, setelah selesai semua tu, aku harus bertawakkal kepadaNya. Doakan kejayaan saya ya? Agar dipermudahkan segala urusan. InshaaAllah.

No comments:
Post a Comment